RSS

Frequently Asked Questions

Berapa banyak sumber grafik & alatan Photoshop yang akan saya dapat?

Anda akan mendapat sumber grafik & alatan menggunakan Adobe Photoshop yang berkapasiti 7Gb++. Kapasiti DVD ini adalah 4.5Gb dan akan menjadi 7Gb selepas anda extract file daripada DVD ini ke dalam PC/Laptop anda.

Boleh saya mencuba dahulu sebelum membeli Raja Grafik Malaya?

Ya, anda boleh mencuba terlebih dahulu grafik & alatan Adobe Photoshop kami. Jangan bazirkan wang anda dengan barangan yang anda tidak berpuas hati. Anda boleh memuat turun Preview Raja Grafik Malaya di sini.

DVD yang saya terima rosak, boleh saya dapatkan yang baru secara percuma?

Ya, anda boleh mendapatkan DVD yang baru secara percuma dalam tempoh 14 hari selepas anda menerima DVD Raja Grafik Malaya daripada kami. Anda cuma perlu memulangkan DVD tersebut kepada kami terlebih dahulu untuk kami membuat pengesahan sebelum kami menghantar kepada anda DVD yang baru. Kami tidak akan menghantar DVD yang baru kepada anda sekiranya kami belum menerima DVD yang asal.

Adakah saya boleh menjual semula sumber grafik di dalam DVD ini?

Anda TIDAK BOLEH menjual semula sumber grafik & alatan Adobe Photoshop yang terdapat di dalam DVD ini. Anda hanya boleh menggunakannya untuk kegunaan sendiri & boleh menggunakan sumber grafik ini untuk develop laman web/grafik untuk customer/client anda.

Saya tidak berpuas hati dengan kandungan DVD ini & mahukan wang saya semula.

Kami tidak menawarkan pemulangan wang sekiranya anda tidak berpuas hati dengan sumber grafik daripada kami.

Apa yang akan saya dapat selepas membeli DVD Raja Grafik Malaya ini?

Anda akan mendapat:

Sekeping DVD Raja Grafik Malaya.

Bantuan secara online (YM) untuk penggunaan sumber grafik (non-technical only).

 

Saya tinggal di luar Malaysia, adakah penghantaran adalah PERCUMA?

Kami akan caj penghantaran mengikut harga yang dikenakan oleh perkhidmatan kurier seperti UPS, FedEx dan lain-lain. Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa 2-3 minggu. Sekiranya selepas tempoh tersebut DVD anda masih lagi belum diterima, sila hubungi kami menggunakan CONTACT FORM.

Saya masih lagi mempunyai persoalan tentang DVD ini, bagaimana saya hendak berhubung?

Anda boleh menghubungi kami dengan mengisi ruang contact form disini.